Am 13/10/2026 04:28 PM

Agong Berangkat Ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Agong Berangkat Ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Kredit: Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-273 di Istana Negara.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut berangkat ialah Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim sebagai wakil rasmi Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Mesyuarat MRR ke-273 akan berlangsung dua hari bermula esok dan dipengerusikan Sultan Perak Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

-- BERNAMA