Am 29/09/2026 03:53 PM

Festival Kota Selatan 2026 Serlah Keunikan Seni dan Warisan Johor

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Festival Kota Selatan 2026 Serlah Keunikan Seni dan Warisan Johor
Cukur Jambul antara adat istiadat yang diketengahkan menerusi persembahan pentas sempena Festival Kota Selatan 2026

SEGAMAT, 29 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Perbandaran Daerah Segamat serta Majlis Kebudayaan Negeri Johor menganjurkan Program Pelancongan Budaya: Festival Kota Selatan 2026 (FKS) dari 24 hingga 27 September 2026 di Dataran Segamat, Johor bermula pukul 9.00 pagi hingga 11.00 malam.

Memasuki penganjuran kali keenam, FKS 2026 menjadi platform mengetengahkan seni dan budaya tempatan. Penganjuran FKS 2026 turut menyokong usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Johor 2026.