TOKYO, 29 Sept (Bernama-Kyodo) -- Taufan Surigae yang kini berada di selatan Jepun berkemungkinan menghampiri wilayah Kanto termasuk Tokyo pada Khamis, menurut agensi cuaca negara itu, lapor Kyodo News.
Memandangkan laluan ramalan taufan itu masih mempunyai tahap ketidakpastian yang tinggi, Agensi Meteorologi Jepun pada Selasa menggesa orang ramai supaya mengikuti perkembangan terkini cuaca.
Setakat 6 pagi Selasa, taufan ke-26 bagi musim ini bergerak ke arah timur-timur laut pada kelajuan 15 kilometer sejam.
-- BERNAMA-KYODO