Dunia 03/09/2026 08:22 PM

Liga Argentina Beri Penghormatan Kepada Messi Dengan Tepukan Selama Seminit

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Liga Argentina Beri Penghormatan Kepada Messi Dengan Tepukan Selama Seminit
Foto Arkib – Lionel Messi dari Argentina meraikan kejayaan pada penghujung perlawanan suku akhir bola sepak Piala Dunia menentang Belanda di Lusail, Qatar, 10 Dis 2022. (Foto AP/Ricardo Mazalan)

BERLIN, 3 Sept (Bernama-dpa) -- Perlawanan dalam semua pertandingan bola sepak lelaki dan wanita di Argentina akan dihentikan seketika pada minit ke-10 permainan bagi memberi penghormatan kepada legenda bola sepak negara itu Lionel Messi, yang mengumumkan persaraannya daripada skuad kebangsaan pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Presiden Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) Claudio Tapia berkata mereka mahu "memberi penghormatan kepada karier Lionel Messi bersama Argentina menerusi tepukan selama seminit" pada perlawanan seterusnya.

Perlawanan akan dihentikan seketika pada minit ke-10 permainan kerana Messi memakai jersi nombor 10 ketika beraksi bersama skuad kebangsaan.

Selain itu, video promosi akan ditayangkan di stadium yang dilengkapi skrin sebelum perlawanan bermula, menurut AFA dalam satu kenyataan pada Rabu malam.

Messi menikmati karier yang gemilang di peringkat kelab dan pada 2022, beliau melengkapkan pencapaiannya bersama skuad kebangsaan dengan menjulang Piala Dunia. Beliau cuba meraih gelaran juara dunia buat kali kedua tahun ini, namun Argentina tewas kepada Sepanyol pada perlawanan akhir.

-- BERNAMA-dpa