Am 03/09/2026 09:46 PM

Mayat Lelaki Warga Emas Ditemukan Dalam Kereta Di George Town

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Mayat Lelaki Warga Emas Ditemukan Dalam Kereta Di George Town
ACP Abdul Rozak Muhammad

GEORGE TOWN, 3 Sept (Bernama) -- Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam sebuah kereta di tempat parkir di Desa Penang 2, Lebuh Sungai Pinang 7, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata mangsa berusia 62 tahun ditemukan oleh orang awam yang kemudian memaklumkan kepada pihak polis kira-kira 6.59 petang.

"Mangsa merupakan penduduk setempat (di perumahan itu) dan pemeriksaan terhadap mayat mendapati tiada unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Abdul Rozak berkata pihak polis membuka satu Laporan Mati Mengejut (LMM) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

-- BERNAMA