Ekonomi 03/09/2026 11:01 PM

Haier Malaysia Lancar Horizon Collection Untuk Tangani Pembaziran Makanan

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Haier Malaysia Lancar Horizon Collection Untuk Tangani Pembaziran Makanan
fb Haier Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Haier Malaysia hari ini memperkenalkan Horizon Collection, rangkaian peti sejuk multipintu baharu yang menampilkan teknologi kesegaran canggih untuk membantu isi rumah Malaysia menyimpan makanan kekal segar lebih lama serta mengurangkan pembaziran makanan.

Haier Electrical Appliances (Malaysia) Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan berteraskan tema “Beyond What You See”, koleksi itu memberi tumpuan kepada kesegaran makanan, kapasiti penyimpanan dan kemudahan, selaras dengan keperluan isi rumah rakyat Malaysia yang berubah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Haier Malaysia Patrick Seow berkata isi rumah Malaysia kini mengubah cara mereka membeli-belah dan menguruskan makanan dengan ramai yang memilih untuk merancang hidangan dan menyimpan bekalan bagi tempoh satu hingga dua minggu, selain semakin peka terhadap kepentingan mengurangkan pembaziran makanan.

"Perubahan ini secara langsung mempengaruhi apa yang mereka harapkan daripada peralatan rumah, terutamanya dari segi kapasiti penyimpanan, pengurusan ruang, kesegaran makanan dan reka bentuk yang mampu menyerlahkan penampilan dapur. Atas sebab itu, kami melihat inilah masa yang tepat untuk memperkenalkan Horizon Collection,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Horizon Collection menampilkan teknologi pengawetan Nutribank, membantu mengekalkan kesegaran daging hingga 10 hari dengan kadar pengekalan protein melebihi 95 peratus.

Active Fresh Zone mengekalkan kelembapan stabil pada tahap 90 peratus tanpa pemeluwapan, memastikan buah-buahan dan sayur-sayuran kekal segar sehingga tujuh hari, dengan kadar pengekalan Vitamin C melebihi 98 peratus.

Koleksi ini turut menampilkan ABT Pro yang menurut Haier, menggabungkan fungsi pensterilan dan penyahbauan bagi membantu menghapuskan sehingga 99.9 peratus bakteria dan bau secara aktif supaya makanan kekal bersih, selamat dan segar.

Koleksi ini turut menawarkan kapasiti penyimpanan melebihi 820 liter, cukup untuk memuatkan sehingga 38 beg barangan runcit atau tujuh troli beli-belah bersaiz besar untuk pembelian pukal serta perancangan hidangan.

Ia turut menampilkan ruang penyejuk beku berkapasiti 35 liter, rak julur boleh laras dan panel Day Light memastikan setiap ruang dapat dilihat dengan jelas agar barangan lebih mudah disusun dan dicapai.

Model terpilih tampil dengan Smart Window dan Welcome Light yang menyala sebaik sahaja pengguna menghampiri peti sejuk, manakala Auto Water Dispenser dan Dual Ice Maker menyediakan air sejuk serta dua saiz kiub ais yang berbeza.

Seiring dengan Horizon Collection, Haier Malaysia turut memperkenalkan siri peralatan dapur SpaceFit, merangkumi hud dapur, dapur gas dan ketuhar wap kombinasi direka untuk memaksimumkan ruang dapur selain menawarkan kemudahan yang lebih baik.

Haier turut memperkenalkan mesin pencuci pinggan mangkuk terbaharunya, HDWA18-686BK5MY dengan kapasiti sehingga 18 set pinggan mangkuk yang direka untuk menampung pelbagai jenis pinggan mangkuk yang biasa digunakan dalam isi rumah Asia.

Teknologi AI Wash pula mengesan tahap kekotoran dan memilih program cucian yang sesuai secara automatik, manakala fungsi 240 Hours Smart Storage memastikan pinggan mangkuk kekal kering dan bebas bau dengan pembukaan dan penutupan pintu secara automatik, pengaliran udara segar serta pensterilan UV.

“Melalui Horizon Collection, kami mahu menawarkan sesuatu yang melangkaui ruang penyimpanan semata-mata dengan menghimpunkan teknologi yang mengekalkan kesegaran, memenuhi keperluan isi rumah yang pelbagai dan memberikan lebih kemudahan dalam penggunaan seharian,” kata Seow.

Sementara itu, pengguna di Malaysia berpeluang menyertai jelajah Haier Horizon di Sunway Pyramid dari 4 hingga 6 Sept dengan kredit Touch ‘n Go eWallet turut ditawarkan kepada 50 pengunjung terawal, di samping pelbagai aktiviti interaktif termasuk permainan Horizon Challenge, pemberian hadiah harian serta demonstrasi masakan secara langsung.

Haier Horizon Collection dan Dishwasher Series terbaharu kini boleh didapati di pengedar sah Haier di seluruh negara dan untuk maklumat lanjut, sila layari: www.haier.com/my.

-- BERNAMA