Am 15/08/2026 07:26 PM

Wanita Maut Tudung Terbelit Pada Penggelek Pintu kunci Air 

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Wanita Maut Tudung Terbelit Pada Penggelek Pintu kunci Air 
Foto: JBPM

SHAH ALAM, 15 Ogos (Bernama) -- Seorang pekerja Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maut selepas tudungnya dipercayai terbelit pada penggelek pintu kunci air di Kunci Air Grand Sabak Hotel, Sabak Bernam, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 3.35 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam tiba di lokasi. 

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati mangsa berusia 56 tahun terbaring di atas pintu kunci air berkenaan.

“Siasatan awal didapati tudung kepala mangsa telah terbelit di role gate dan mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementarian Kesihatan (KKM), seterusnya menunggu siasatan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA