Tabung Haji Muncul Sebagai Pemegang Saham Utama Dalam Focus Point
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) muncul sebagai pemegang saham utama dalam Focus Point Holdings Bhd selepas membeli 570,000 saham biasa dalam pengendali rangkaian peruncitan optikal itu.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Focus Point menyatakan dana tabung haji itu memiliki saham syarikat berkenaan pada 21 Julai, 2026.
Focus Point memaklumkan dana tabung haji itu, yang sebelum ini memegang 4.96 peratus kepentingan, kini menguasai sejumlah 31.078 juta saham biasa, yang mewakili 5.056 peratus kepentingan langsung dalam syarikat berkenaan.
“Peratusan kepentingan itu tidak termasuk 1.34 juta saham biasa yang dibeli semula oleh syarikat dan disimpan sebagai saham perbendaharaan,” tambah syarikat berkenaan.
Daripada jumlah pegangan langsung sebanyak 31.078 juta saham itu, sebanyak 23.18 juta saham didaftarkan di bawah TH, manakala baki 7.90 juta saham, termasuk saham yang baharu dibeli, dipegang menerusi Citigroup Nominees (Tempatan) Sdn Bhd – Lembaga Tabung Haji (Eastspring).
--BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Tang Jie-Clarissa Mara Ke Pusingan Kedua Terbuka China
- Tabung Haji Muncul Sebagai Pemegang Saham Utama Dalam Focus Point
- Kerajaan Naikkan Kadar Sara Dalam Tempoh Terdekat - Anwar
- Kerajaan Perpaduan Kekal Stabil - PM Anwar
- Trump Beri Amaran AS Akan Bom Jambatan, Loji Jana Kuasa Iran Jika Kapal Diserang