Kerajaan Naikkan Kadar Sara Dalam Tempoh Terdekat - Anwar
SEREMBAN, 22 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan menaikkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam masa terdekat sebagai usaha membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata langkah itu diambil selepas kerajaan mengambil kira maklum balas dan rintihan rakyat meskipun pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan sebelum ini.
“Walaupun kita beri Sumbangan Tunai Rahmah (STR), SARA, (di Negeri Sembilan) Datuk Seri Aminuddin bagi bonus tinggi kepada penjawat awam, adakah selesai masalah? Belum.
"Kerana itu, kita dengar rintihan rakyat dan insya-Allah dalam masa terdekat, kita akan naikkan lagi SARA untuk rakyat semua,” katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah Kekal Harapan di Senawang malam ini, bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berlangsung 1 Ogos.
Baru-baru ini, Perdana Menteri berkata Kerajaan MADANI akan terus memperhalusi kemungkinan meningkatkan jumlah bantuan untuk rakyat termasuk STR dan SARA jika keadaan ekonomi negara mengizinkan.
Beliau berkata perkara itu dibincangkan bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican dan akan dipertimbangkan dalam pembentangan Belanjawan 2027.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Tang Jie-Clarissa Mara Ke Pusingan Kedua Terbuka China
- Tabung Haji Muncul Sebagai Pemegang Saham Utama Dalam Focus Point
- Kerajaan Naikkan Kadar Sara Dalam Tempoh Terdekat - Anwar
- Kerajaan Perpaduan Kekal Stabil - PM Anwar
- Trump Beri Amaran AS Akan Bom Jambatan, Loji Jana Kuasa Iran Jika Kapal Diserang