PM Ajak Rakyat Sokong Atlet Muay Thai Malaysia Buru Gelaran Dunia One Championship
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia memberikan sokongan padu kepada Ahmad Nor Iman Aliff Rakib yang bakal beraksi merebut gelaran ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship, Jumaat ini.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata Ahmad Nor Iman Aliff bakal melakar sejarah sebagai atlet tempur Malaysia pertama yang layak beraksi bagi merebut gelaran itu.
“Ayuh kita beri sokongan padu kepada saudara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib yang bakal beraksi merebut gelaran ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship, Jumaat ini.
“Semoga terus mengharumkan nama Malaysia dan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mengukir kejayaan di persada dunia,” katanya.
Atlet Muay Thai negara itu bakal berdepan legenda Thailand Sam-A Gaiyanghadao dalam kejohanan yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Tang Jie-Clarissa Mara Ke Pusingan Kedua Terbuka China
- Tabung Haji Muncul Sebagai Pemegang Saham Utama Dalam Focus Point
- Kerajaan Naikkan Kadar Sara Dalam Tempoh Terdekat - Anwar
- Kerajaan Perpaduan Kekal Stabil - PM Anwar
- Trump Beri Amaran AS Akan Bom Jambatan, Loji Jana Kuasa Iran Jika Kapal Diserang