Ribut Petir Dan Hujan Lebat Diramal Di KL, Putrajaya Serta Lapan Negeri
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kuala Lumpur, Putrajaya serta lapan negeri hingga 4 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri diramal mengalami cuaca itu ialah Kelantan melibatkan kawasan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Pekan dan Rompin).
Cuaca itu juga diramal di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Port Dickson) serta Johor (Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Di Sabah, kawasan terlibat ialah bahagian Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang dan Ranau) serta Kudat (Kota Marudu).
Sementara itu, di Sarawak, amaran tersebut melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) serta Limbang.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- WCT Holdings Terima Kontrak Pembinaan Bernilai RM926,2 Juta Di Abu Dhabi
- Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah
- Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Seiring Prestasi Mata Wang Asia
- IPO Enest Terlebih Langgan 1.94 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
- Dewan Rakyat Lulus RUU Suruhanjaya Persaingan (Pindaan) 2026, Perkasa Peranan MyCC