IPO Enest Terlebih Langgan 1.94 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Enest Group Bhd telah terlebih langgan sebanyak 1.94 kali, menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
Pembekal sarang burung tulen itu berkata sejumlah 2,871 permohonan membabitkan 85.33 juta saham baharu bernilai RM11.12 juta telah diterima daripada orang ramai Malaysia.
"Untuk bahagian Bumiputera, sebanyak 1,474 permohonan bagi 29.8 juta saham baharu telah diterima, ia mewakili kadar terlebih langganan 1.05 kali. Bahagian awam pula menyaksikan sejumlah 1,397 permohonan 55.6 juta saham baharu, yang mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 2.83 kali," katanya.
Enest berkata 8.72 juta saham baharu yang disediakan untuk permohonan oleh pengarah yang layak, pekerja dan orang yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan itu juga telah dilanggan sepenuhnya.
Sementara itu, 72.66 juta saham baharunya yang disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian telah dikeluarkan sepenuhnya.
"20.87 juta saham (terdiri daripada 5.81 juta saham terbitan dan 15.05 juta saham tawaran) melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih telah dilanggan penuh," katanya.
M&A Securities Sdn Bhd meupakan penasihat, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk IPO berkenaan.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- PRN Johor: Transformasi Ekonomi, Perumahan Felda, Agenda Utama Md Yusof Di Tenggaroh
- SUKMA Selangor 2026 Terima Suntikan Tajaan Hampir RM8 Juta
- Pusat Rehabilitasi Dan Gimnasium Komuniti MADANI Perkenal Pelbagai Teknologi, Inovasi - UTeM
- Hoe Yean Letak Sukan Asia Sebagai Keutamaan, Glasgow Jadi Medan Persiapan
- Ops Ulat KLIA: JPJ Kesan Pemandu e-Hailing Tidak Guna Aplikasi Untuk Raih Keuntungan