06/07/2026 06:58 PM
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini.
Kontrak Julai 2026, September 2026 dan Disember 2026 masing-masing menyusut 1.5 mata kepada 1,685.50, 1,667.00 dan 1,668.50, manakala kontrak Ogos 2026 merosot dua mata kepada 1,687.00.
Jumlah dagangan menyusut kepada 4,673 lot daripada 5,513 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 33,394 kontrak daripada 33,787 kontrak sebelum ini.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 4.48 mata kepada 1,683.53 berbanding 1,679.05 pada penutupan minggu lalu.
-- BERNAMA
Berita terkini
- Pusat Rehabilitasi Dan Gimnasium Komuniti MADANI Perkenal Pelbagai Teknologi, Inovasi - UTeM
- Hoe Yean Letak Sukan Asia Sebagai Keutamaan, Glasgow Jadi Medan Persiapan
- Ops Ulat KLIA: JPJ Kesan Pemandu e-Hailing Tidak Guna Aplikasi Untuk Raih Keuntungan
- FAMA Perkukuh Ekosistem Pemasaran Digital Sektor Agromakanan
- PRN Johor: Beri Peluang Kami Laksanakan Manifesto, Bukti Bukan "Copy Paste" - Mohamad Sabu