Politik 27/06/2026 12:50 AM

Bersama Umum 15 Calon Bertanding PRN Johor Ke-16

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Bersama Umum 15 Calon Bertanding PRN Johor Ke-16
Pemimpin Parti Bersama Malaysia Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad bergambar bersama 15 calon Bersama pada Majlis Pengumuman Calon Bersama dan Pelancaran Trak Kancil sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 di Paragon Market Place, Johor Bahru. Hadir sama Presiden Parti Bersama Malaysia Syukri Razab (berjaket belakang). --fotoBERNAMA(2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

JOHOR BAHRU, 26 Jun (Bernama) — Parti Bersama Malaysia (Bersama) hari ini mengumumkan seramai 15 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Pengumuman dibuat oleh presiden parti itu Syukri Razab pada Majlis Pengumuman Calon Bersama dan Pelancaran Trak Kancil PRN Johor, di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon bagi PRN Johor, manakala hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai, susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 1 Jun lepas.

 

Senarai calon Bersama bagi PRN Johor ke-16 adalah seperti berikut:

 

N14 Bukit Naning: Iskandar Md Alias

N29 Mahkota: Abd Hamid Ali

N40 Tiram: Harith Fakhrudin Abdul Malek

N41 Puteri Wangsa: Nicholas Paul Vincent

N42 Johor Jaya: Lau Yi Leong

N43 Permas: Dr Zamil Najwah

N44 Larkin: Nursinah Abu

N45 Stulang: Stanley Tan

N46 Perling: Boo Wei Han

N47 Kempas: Salamahafifi Mohd Yusnaieny

N48 Skudai: Eugene Chua Meng Chong

N49 Kota Iskandar: Sahrudin  Omar

N50 Permai: Muhammad Aidil Riduan Mohd Yusof

N51 Bukit Batu: G. Tamili

N52 Senai: Tew Chien How

 

Untuk perkembangan terkini berkaitan PRN Johor ke-16, layari portal khas Bernama 

di https://prn.bernama.com/johor/.

-- BERNAMA