26/06/2026 12:01 AM

PAS Umum 11 Calon Bertanding Pada PRN Johor

MUAR, 25 Jun (Bernama) -- Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar malam ini mengumumkan senarai 11 calon parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Pengumuman itu dibuat di Laman Muafakat di sini. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi PRN Johor pada Sabtu ini manakala hari pengundian pada 11 Julai selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 1 Jun lepas.

Senarai calon PAS bagi PRN ke-16 adalah seperti yang berikut:

 

N2 Jementah: Saifullah Abdul Wahab

N5 Tenang: Normala Sudirman

N13 Simpang Jeram: Arshed Yahya @ Awang

N15 Maharani: Mohamad Anuar Hayan

N16 Sungai Balang: Muhammad Amin Sailan

N17 Semerah: Halim Kepol

N18 Sri Medan: Ahmad Rosdi Bahari

N31 Kahang: Mazlan Bujang

N32 Endau: Hasnul Hakimi Hussien

N35 Pasir Raja: Yuhanita Yunan

N40 Tiram: Khirul Muntanazar Ismail 

-- BERNAMA