Am 01/10/2026 04:46 PM

CRM Lancar Dana RM250,000 Bagi Memperkasa Penyelidikan Klinikal Diterajui Penyelidik Di Malaysia

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Clinical Research Malaysia (CRM), sebuah syarikat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telah melancarkan Dana Endowmen Penyelidikan CRM berjumlah RM250,000. Inisiatif baharu yang diterajui CRM ini bertujuan memajukan penyelidikan klinikal yang dibangunkan oleh penyelidik di Malaysia serta membantu kajian yang berpotensi memberikan manfaat bermakna kepada pesakit dan sistem penjagaan kesihatan negara.

Dana ini memperluas peranan CRM dalam ekosistem penyelidikan klinikal Malaysia, melangkaui sokongan sedia adanya terhadap kajian yang ditaja oleh industri. Dengan menyediakan saluran pembiayaan khusus untuk penyelidikan yang dicetuskan dan diketuai oleh penyelidik, CRM memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan infrastruktur, keupayaan dan tenaga kerja penyelidikan negara.