WEIFANG, China, 1 Okt (Bernama) -- Program pertukaran China-Eropah “Program Pengajian di Luar Negara” selama dua minggu yang bertemakan “Menelusuri Kota Layang-layang” baru-baru ini melabuhkan tirainya di Kolej Vokasional Sains dan Teknologi Shandong di Weifang, Wilayah Shandong. Program berkenaan membawa tujuh pelajar universiti dari Perugia, Itali, ke China untuk mengikuti kelas, menghayati warisan budaya tidak ketara, menyertai pelbagai aktiviti kebudayaan serta menerokai bandar berkenaan.
Sepanjang berada di China, pelajar itu mendalami budaya tradisional negara itu selain mencuba pelbagai seni kraf seperti teknik celupan ikat dan ukiran kulit. Antara pengalaman yang paling menarik ialah peluang menyarung pakaian tradisional Cina yang direka dan dihasilkan oleh pelajar serta tenaga pengajar Jabatan Tekstil dan Pakaian kolej berkenaan. Vanessa, Sara, Irene dan rakan-rakan mereka tampil anggun dalam memakai Hanfu dan Qipao, sekali gus merasai sendiri keindahan estetika tradisional China.
Am
01/10/2026 03:32 PM