Am 30/09/2026 07:46 PM

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Tunai Pendasar

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Tunai Pendasar

KUALA LUMPUR, 30 Sept  (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar.

Kontrak September 2026 melonjak 19.5 mata kepada 1,656.5 mata, Oktober 2026 meningkat 9.5 mata kepada 1,641.5 mata, Disember 2026 menokok 9.0 mata kepada 1,650.5 mata dan Mac 2027 menambah 8.0 mata kepada 1,634.5.

Jumlah dagangan susut kepada 10,947 lot daripada 31,168 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 51,407 kontrak daripada 72,700 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 7.21 mata atau 0.43 peratus kepada 1,651.17 daripada 1,643.96 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA