Am 30/09/2026 05:31 PM

"MAARGAM: Natya, Raaga, Rasa” Angkat Keindahan Bharatanatyam Melalui Panggung Seni Tradisional

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Pesona Tarian Klasik India dalam Panggung Seni Tradisional

SEREMBAN, 24 Sept (Bernama) -- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), dengan kerjasama Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Warisan Malaysia, bakal mempersembahkan produksi seni tari klasik India “MAARGAM: Natya, Raaga, Rasa” pada 25 dan 26 September 2026, pukul 8.30 malam di Auditorium Utama, Kompleks JKKN Negeri Sembilan.

Menampilkan keindahan seni Bharatanatyam, persembahan ini merupakan sebahagian daripada empat (4) pelaksanaan program Panggung Seni Tradisional (PST) 2026, yang menjadi platform bagi mengetengahkan kesenian tradisional yang autentik dan klasik daripada pelbagai kaum. PST turut berperanan sebagai medium pemeliharaan dan pelestarian seni tradisional, selain membuka ruang kepada persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pengajian tinggi untuk berkarya serta mempersembahkan hasil seni mereka.