Dunia 30/09/2026 02:33 PM

China Komited Perkukuh Kerjasama Inovasi Sains, Teknologi

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
China Komited Perkukuh Kerjasama Inovasi Sains, Teknologi
Kredit: CMG

BEIJING, 30 Sept (Bernama-CMG) -- China akan terus mengamalkan konsep kerjasama sains dan teknologi antarabangsa yang terbuka, inklusif, saling menguntungkan serta berteraskan perkongsian sepanjang pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15.

Perkara itu dinyatakan Naib Menteri Sains dan Teknologi China, Zhang Guangjun dalam sidang media pada Selasa.

Beliau berkata China komited untuk memperluas keterbukaan dalam bidang sains dan teknologi secara lebih menyeluruh dan mendalam.

Menurut Zhang, usaha itu akan memberi tumpuan kepada empat aspek utama, termasuk mempercepat pembentukan perkongsian kerjasama yang saling menguntungkan serta terus meneroka pelan tindakan inovasi sains dan teknologi di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

China juga akan terus terlibat secara aktif dalam tadbir urus sains dan teknologi global, selain membangunkan ekosistem inovasi terbuka bertaraf antarabangsa.

Zhang turut memaklumkan bahawa China telah menjalin kerjasama sains dan teknologi dengan lebih 160 negara dan wilayah, selain menandatangani 120 perjanjian kerjasama antara kerajaan dalam bidang berkenaan.

Pada masa sama, China juga proaktif mengemukakan pelbagai inisiatif bagi memperkasa kerjasama sains dan teknologi di peringkat antarabangsa.

-- BERNAMA-CMG