Dunia 30/09/2026 02:35 PM

China Komited Percepat Transformasi Hijau Secara Menyeluruh

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
China Komited Percepat Transformasi Hijau Secara Menyeluruh
Kredit: CMG

BEIJING, 30 Sept (Bernama-CMG) -- China komited untuk mempercepat transformasi hijau secara menyeluruh dalam pembangunan ekonomi dan sosial sepanjang tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 (2026-2030).

Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang membuat kenyataan itu ketika menghadiri sidang tahunan Majlis Kerjasama Antarabangsa China mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (CCICED) di Beijing pada Selasa.

Dalam ucapannya, Ding menegaskan pentingnya semua pihak berganding bahu bagi merealisasikan pembangunan mampan.

Beliau turut menggesa usaha bersama untuk mempercepat pembangunan hijau dan rendah karbon menerusi tindakan praktikal, sekali gus menyumbang kepada tadbir urus iklim global yang lebih kukuh serta perlindungan biodiversiti.

Ding berkata produktiviti hijau perlu dipacu melalui inovasi teknologi, di samping menggalakkan integrasi lebih mendalam antara pendigitalan, teknologi pintar dan usaha menghijaukan industri.

Beliau turut menekankan kepentingan memperkukuh tadbir urus alam sekitar dan iklim global menerusi keterbukaan serta kerjasama.

Pada masa sama, Ding berkata kerjasama berkualiti tinggi di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) perlu terus diperkasa bagi memastikan manfaat pembangunan hijau dapat dikongsi secara lebih meluas.

-- BERNAMA-CMG