SHANGHAI, 29 Sept (Bernama-CMG) -- Persidangan Kota Reka Bentuk Dunia (WDCC) 2026 membuka tirainya di Shanghai, timur China pada Isnin.
Acara itu dianjurkan bersama oleh kerajaan perbandaran Shanghai dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), dengan kerjasama biro Kumpulan Media China (CMG) di Shanghai.
Pemangku Datuk Bandar Shanghai Zhu Zhongming dalam ucapannya berkata platform WDCC perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkukuh kedudukan Shanghai sebagai kota reka bentuk bertaraf dunia.
-- BERNAMA-CMG