KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih rendah pada Selasa.
Kontrak September 2026 susut 16 mata kepada 1,671.00, Oktober 2026 berkurang 6 mata kepada 1,680.5, Disember 2026 merosot 11 mata kepada 1,681.5, manakala Mac 2027 meningkat 9.0 mata kepada 1,686.0.
Jumlah dagangan melonjak kepada 6,573 lot daripada 4,112 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 44,267 kontrak berbanding 42,025 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI menyusut 0.39 mata kepada 1,714.40 berbanding 1,714.79 ketika ditutup pada Isnin.
-- BERNAMA