Am 21/08/2026 09:23 PM

Aaron-Wooi Yik Mara Ke Separuh Akhir Kejohanan Badminton Dunia

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Aaron-Wooi Yik Mara Ke Separuh Akhir Kejohanan Badminton Dunia
Beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Pemain beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia 2026 di New Delhi, India selepas menumpaskan wakil China Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Indira Gandhi itu, pasangan ranking keempat dunia berkenaan tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan straight set 21-11 21-17.

Menanti Aaron-Wooi Yik di separuh akhir esok adalah pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae.

Won Ho-Seung Jae mara selepas menumpaskan pasangan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani 21-16, 21-16.

-- BERNAMA