Am 03/08/2026 09:46 PM

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah pada Isnin.

Kontrak Ogos 2026 ditutup lima mata lebih rendah pada 1,727.5, September 2026 susut 3.5 mata kepada 1,707, Disember 2026 turun empat mata kepada 1,710, manakala kontrak Mac 2027 ditutup pada 1,692.

Jumlah dagangan merosot kepada 7,299 lot berbanding 14,966 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 46,932 kontrak daripada 54,476 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 0.83 mata kepada 1,725.73 daripada 1,724.90 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA