BEIJING, 31 Julai (Bernama-CMG) -- Syarikat kecerdasan buatan (AI) China, Moonshot AI mengumumkan akan membuka sepenuhnya kod sumber model terbaharunya, "Kimi K3" yang mempunyai 2.8 trilion parameter.
Kimi K3 disifatkan sebagai model sumber terbuka dengan bilangan parameter terbesar di dunia.
Perkembangan itu mencerminkan peranan semakin penting model AI sumber terbuka China dalam menyumbang kepada pembangunan ekosistem AI global.
Menurut statistik, model sumber terbuka yang dibangunkan di China mencatatkan 10 bilion muat turun, jumlah tertinggi di dunia.
Aplikasi AI berasaskan model berkenaan turut semakin banyak diterapkan dalam sektor pembuatan, tenaga dan perkhidmatan, sekali gus mempercepat transformasi industri serta membantu syarikat mengurangkan kos operasi.
Statistik turut menunjukkan China merupakan negara dengan jumlah paten AI terbesar di dunia, merangkumi 60 peratus daripada keseluruhan paten AI global.
-- BERNAMA-CMG