Kedai Perkakasan Musnah Dalam Kebakaran Di Seri Kembangan
SERI KEMBANGAN, 23 Julai (Bernama) -- Sebuah kedai barangan perkakasan berhampiran Pasar Borong Selangor di sini, musnah dalam satu kebakaran yang bermula kira-kira 11 malam ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar ketika dihubungi Bernama berkata setakat ini, pihaknya giat menjalankan kerja-kerja pemadaman.
Beliau berkata api semakin marak dan mula merebak ke beberapa premis berhampiran, menyebabkan jentera tambahan terpaksa digerakkan ke lokasi kejadian.
“Ya, saya sahkan kejadian dan jentera (tambahan) masih dalam perjalananan. Setakat ini, belum ada laporan lengkap dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.
Tinjauan Bernama di lokasi mendapati anggota bomba sedang giat menjalankan operasi pemadaman dengan menggerakkan sekurang-kurangnya tiga jentera ke tempat kejadian.
Selain itu, beberapa individu dipercayai pemilik dan pekerja premis berhampiran bertindak mengalihkan stok barangan masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga.
Operasi pemadaman dilaporkan agak sukar berikutan terdapat sejumlah tong gas yang disimpan di dalam premis berkenaan, yang dikhuatiri boleh mencetuskan letupan.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Glasgow 2026: Izzat Shameer Langkah Kanan, Tekad Perbaiki Persembahan
- Saadia Zahidi Wanita Pertama Dilantik Ketua Pengarah IATA
- Malaysia Berpeluang Kembali Tersenarai Dalam Kalendar F1 Tahun Ini Jika Konflik Berterusan
- Kedai Perkakasan Musnah Dalam Kebakaran Di Seri Kembangan
- IMO 2026: Malaysia Lakar Sejarah, Berada Dalam Kelompok 20 Terbaik Dunia