IMO 2026: Malaysia Lakar Sejarah, Berada Dalam Kelompok 20 Terbaik Dunia
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Malaysia melakar sejarah apabila buat julung kalinya berjaya menempatkan diri dalam kelompok 20 negara terbaik dunia pada Olimpiad Matematik Antarabangsa ke-67 (IMO 2026) yang berlangsung di Shanghai, China, baru-baru ini.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pasukan negara menduduki tangga ke-19 keseluruhan daripada 117 negara peserta, sekali gus mengatasi pencapaian yang dicatatkan pada tahun lepas.
Merakamkan ucapan tahniah menerusi hantaran Facebook, beliau berkata buat kali pertama Malaysia berjaya berada dalam kelompok 20 negara terbaik di dunia apabila mencatat kedudukan ke-19 keseluruhan daripada 117 negara yang bertanding.
Fadhlina berkata pasukan negara turut mempamerkan prestasi cemerlang apabila merangkul satu pingat emas, tiga perak, satu gangsa serta satu anugerah sebutan khas selepas mengumpul keseluruhan 142 mata, mengatasi pencapaian tahun lepas.
Menerusi perkongsian di Facebook Olimpiad Matematik Malaysia, kejayaan bersejarah itu dicatat enam pelajar berbakat yang mewakili negara dalam pertandingan berprestij berkenaan.
-- BERNAMA
Berita terkini
- Glasgow 2026: Izzat Shameer Langkah Kanan, Tekad Perbaiki Persembahan
- Saadia Zahidi Wanita Pertama Dilantik Ketua Pengarah IATA
- Malaysia Berpeluang Kembali Tersenarai Dalam Kalendar F1 Tahun Ini Jika Konflik Berterusan
- Kedai Perkakasan Musnah Dalam Kebakaran Di Seri Kembangan
- IMO 2026: Malaysia Lakar Sejarah, Berada Dalam Kelompok 20 Terbaik Dunia