Politik 11/07/2026 10:20 AM

Hampir Lapan Peratus Pengundi Selesai Laksana Tanggungjawab Setakat 9 Pagi

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Hampir Lapan Peratus Pengundi Selesai Laksana Tanggungjawab Setakat 9 Pagi
Pengundi warga emas Hamidun Mohd Dohan menunjukkan jari yang sudah dicelup dakwat selepas mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.44 Larkin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri hari ini. Golongan warga emas tidak melepaskan peluang menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRN hari ini, meskipun berdepan kekangan fizikal dan keuzuran. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

JOHOR BAHRU, 11 Julai (Bernama) -- Sebanyak 7.97 peratus atau 213,878 daripada lebih 2.6 juta pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, setakat 9 pagi ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, mendahului peratusan keluar mengundi sebanyak 15.8 peratus, diikuti DUN Tanjung Surat (14.7 peratus) dan DUN Pasir Raja (13.6 peratus).

Bagaimanapun, DUN Bentayan dan DUN Simpang Jeram, masing-masing mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu 7.7 peratus, manakala DUN Kukup sebanyak 7.6 peratus.

Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh yang sama pada PRN Johor ke-15 ialah 6.35 peratus atau 163,553 orang daripada lebih 2.5 juta pengundi.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari https://prn.bernama.com/johor. 

-- BERNAMA