09/07/2026 06:23 PM

AEON Bank Biz Pacu Pertumbuhan Perniagaan Dengan Term Financing-i Dan Working Capital Financing-i

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- AEON Bank (M) Bhd, iaitu bank digital Islamik pertama di Malaysia telah memperkenalkan dua fasiliti pembiayaan terbaharu iaitu Term Financing-i dan Working Capital Financing-i, yang diterajui oleh segmen Perbankan Perniagaan, AEON Bank Biz.

Direka untuk menawarkan modal perniagaan yang fleksibel mengikut keperluan bisnes, Bank tersebut menjelaskan bahawa kedua-dua kemudahan pembiayaan tersebut telah dibangunkan untuk membolehkan perniagaan di Malaysia lebih tangkas berdaya saing dengan cabaran pasaran yang sentiasa berubah. 

Menurut AEON Bank Biz, kedua-dua produk tersebut selaras dengan prinsip kewangan Syariah berasakan konsep Murabahah melalui Tawarruq yang menawarkan penyelesaian perbankan yang telus dan beretika kepada bisnes di pasaran Malaysia.

Bagi Term Financing-i, kemudahan pembiayaan itu direka untuk membiayai projek pertumbuhan jangka sederhana hingga jangka panjang, mahupun pembelian aset dan pembangunan infrastruktur bisnes, sambil mengekalkan aliran tunai yang lancar. 

Malahan, Term Financing-i oleh AEON Bank Biz lebih fleksibel kerana ia merupakan pembiayaan tanpa cagaran. Sebagai pembiayaan patuh Syariah, ia juga tiada sebarang caj tersembunyi ke atas permohonan pembiayaan ataupun penggunaan dana. 

Selain itu, Term Financing-i juga menawarkan pembayaran balik yang fleksibel sehingga 60 bulan, dan yang mudahnya, pembiayaan yang diluluskan terus disalurkan ke dalam Akaun Semasa Perniagaan-i AEON Bank Biz pelanggan tersebut.

Manakala, bagi Working Capital Financing-i, ia menawarkan kemudahan kredit yang fleksibel untuk keperluan aliran tunai jangka pendek, demi merapatkan jurang bajet operasi dalam kitaran kewangan.

Menerusi Working Capital Financing-i AEON Bank Biz, pelanggan juga boleh menerima akses kepada kecairan kewangan bernilai tinggi dengan pilihan penyaluran berbilang, dalam had kemudahan pembiayaan yang diluluskan bagi tempoh sehingga tiga tahun. 

Pelanggan juga boleh membuat pembayaran balik prinsipal dan memperbaharui had pembiayaan yang diluluskan tanpa perlu mengemukakan permohonan pembiayaan berulang kali. 

Di samping itu, Working Capital Financing-i turut menawarkan tempoh pengeluaran sehingga 12 bulan, yang mana dana akan diuruskan secara dalam talian dan dikreditkan terus ke dalam Akaun Semasa Perniagaan-i AEON Bank Biz milik pelanggan.

Dalam pada itu, AEON Bank Biz juga berperanan sebagai rakan kongsi perbankan patuh syariah 360 darjah yang holistik bagi perniagaan di seluruh Malaysia, sekali gus membolehkan bisnes mengurus aset, liabiliti, keperluan kewangan operasi dan operasi bisnes menerusi proses perbankan yang lebih lancar, mudah dan tanpa komplikasi.

Akaun Semasa Perniagaan-i AEON Bank Biz pada dasarnya berfungsi sebagai teras AEON Bank Biz, menyokong perniagaan untuk mengembangkan keupayaan pengurusan tunai bersepadu bagi pembayaran dan kutipan, termasuk pemprosesan yang lancar melalui DuitNow dan RENTAS, serta penyelesaian transaksi dan pemberitahuan segera bagi transaksi QR DuitNow. 

Ia juga membolehkan perniagaan mengoptimumkan hasil modal malar menerusi Deposit Bertempoh Biz-i, yang menawarkan kadar keuntungan sehingga 3.20 peratus setahun bagi tempoh penempatan yang fleksibel sesingkat satu hari, dengan garis dasar deposit minimum RM500. 

Selain itu, akaun tersebut turut menggabungkan kawalan tadbir urus seperti kebenaran akses berbilang pengguna dan aliran kerja kelulusan berstruktur yang direka untuk memenuhi piawaian tadbir urus korporat dengan selamat.

Menurut AEON Bank, fasiliti pembiayaan terbaharu ini dibangunkan demi menyokong matlamat Malaysia untuk meningkatkan sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara kepada 50 peratus menjelang 2030. 

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, akses kepada pembiayaan, termasuk penyelesaian perbankan digital, seharusnya menjadi pemangkin utama pertumbuhan perniagaan. Lantaran itu, institusi perbankan dan pemangkin fintech seperti AEON Bank mampu memainkan peranan penting dalam membantu mencapai sasaran tersebut.

Klik pada pautan ini https://www.aeonbank.com.my/ms/business untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AEON Bank Biz dan alami pengalaman #PerbankanLebihDinamik demi menyokong pertumbuhan bisnes.

-- BERNAMA