09/07/2026 07:59 PM

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Sejajar Dengan Emas COMEX Yang Lebih Kukuh

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi, menjejaki harga emas COMEX yang lebih kukuh, disokong oleh permintaan logam selamat yang diperbaharui di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik.

Pada penutupan, kontrak bulan semerta Julai 2026 meningkat kepada US$4,115.60 setiap auns troy daripada US$4,064.70 semalam.

Kontrak Ogos 2026 menokok kepada US$4,136.20 setiap auns troy daripada US$4,085.30 yang disaksikan semalam, manakala September 2026 naik kepada US$4,149.40 setiap auns troy daripada US$4,098.50 sebelumnya.

Manakala, kontrak Oktober 2026 dan Disember 2026 bertambah kepada US$4,179.80 setiap auns troy berbanding US$4,129.00 semalam.

Jumlah dagangan kekal tidak berubah pada 134 lot, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 204 kontrak daripada 211.

Sementara itu, semasa penetapan tengah hari 8 Julai 2026 di London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$4,066.20 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

Kata kunci