Anak Syarikat Exsim Hospitality Raih Kontrak Kerja Reka Bentuk Dalaman Bernilai RM63.5 Juta
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Exsim Hospitality Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Exsim Concepto Sdn Bhd (ECSB), menerima surat lantikan daripada Cosmopolitan Avenue Sdn Bhd untuk kerja-kerja reka bentuk dan binaan dalaman di bawah kontrak bernilai RM63.5 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat hospitaliti itu menyatakan kerja-kerja berkenaan bermula pada 9 Julai, 2026 dan dijadualkan siap pada 31 Disember, 2026, dengan tempoh liabiliti kecacatan selama 12 bulan bermula dari tarikh Perakuan Siap Kerja Praktikal untuk kerja-kerja yang telah disiapkan.
"ECSB akan melaksanakan kerja-kerja kontrak itu selaras dengan terma dan syarat tambahan lain yang dinyatakan dalam surat lantikan berkenaan," tambah kumpulan tersebut.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Anwar Mahu Rakyat Tolak Perkauman, Utamakan Perpaduan
- PGA Tahan Lelaki, Rampas Tujuh Ekor Lembu Seludup Bernilai RM192,000
- PRN Johor: Teo Persoal Tujuan Sebenar Pelantikan ADUN Lantikan Johor
- Perdagangan Dua Hala ASEAN-India Cecah US$128 Bilion
- KWAP Imbang Pendekatan Pelaburan, Perkukuh Pemantauan Syarikat Pemula Niaga -- MOF