PRN Johor: 38.64 Peratus Sudah Mengundi Awal Setakat 10 Pagi
JOHOR BAHRU, 7 Julai (Bernama) -- Sebanyak 38.64 peratus pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 10 pagi ini.
Berdasarkan data terkini yang dikongsikan di Facebook rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah tersebut mewakili 7,963 anggota tentera dan pasangan serta polis.
Sebanyak 64 pusat mengundi dibuka serentak pada 8 pagi tadi bagi membolehkan 20,607 pengundi berdaftar menjalankan amanah mereka hari ini.
Kesemua pusat mengundi itu akan ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 6 petang ini, bergantung pada lokasi dan jumlah pemilih berdaftar.
PRN Johor ke-16 menyaksikan 172 calon merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan pengundian bagi 2.7 juta pemilih ditetapkan pada Sabtu ini.
Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari https://prn.bernama.com/johor.
-- BERNAMA
Berita terkini
- Malaysia Hasrat Perkukuh Kerjasama Dengan SAP Pacu Transformasi Digital - PM Anwar
- PRN Johor: Ayna Soraya Mahu Jadikan Pantai Seri Menanti Hab Riadah
- Kes Yayasan Akalbudi: Permohonan Ahmad Zahid, AG Untuk Kebenaran Merayu Didengar 8 Okt
- Kerajaan MADANI Komited Pastikan Sistem Kewangan Negara Stabil, Menyebelahi Rakyat
- Lebih 242,000 Pendatang Tanpa Izin Pulang Secara Sukarela Sejak Mei 2025