Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, July 6 (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin susulan pelabur mengambil keuntungan dalam persekitaran peningkatan dolar AS menjelang pengumuman minit mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Jun, minggu ini.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2026 merosot kepada US$4,153.70 daripada US$4,183.40 setiap auns troy pada Jumaat lepas, Ogos turun kepada US$4,174.30 setiap auns troy daripada US$4,204.00, manakala September 2026 berkurangan kepada US$4,187.40 setiap auns troy daripada US$4,216.90.
Kontrak Oktober 2026 dan Disember 2026, masing-masing menguncup kepada US$4,206.50 setiap auns troy daripada US$4,236.00 sebelumnya/
Jumlah dagangan susut kepada 101 lot daripada 310 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka turun kepada 172 kontrak daripada 392 kontrak sebelum itu.
Sementara itu, harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,164.15 setiap auns troy mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 3 Julai, 2026.
-- BERNAMA
Berita terkini
- Sime Darby Property Beli Wisma UNIRAZAK Pada Harga RM160 Juta
- PRN Johor: Transformasi Ekonomi, Perumahan Felda, Agenda Utama Md Yusof Di Tenggaroh
- SUKMA Selangor 2026 Terima Suntikan Tajaan Hampir RM8 Juta
- PRN Johor: Yeo Yakin Rekod Dua Penggal Mampu Rampas Semula DUN Pekan Nanas
- Pusat Rehabilitasi Dan Gimnasium Komuniti MADANI Perkenal Pelbagai Teknologi, Inovasi - UTeM