Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Susulan Kenaikan Niaga Hadapan Serantau
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, disokong oleh kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan jangkaan kilang tayar baharu di Selangor.
Seorang peniaga berkata, ringgit yang hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menyekat kenaikan.
Pada 8 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.0695/0780 berbanding dolar AS daripada 4.0690/0735 ketika ditutup pada Jumaat.
Beliau berkata sentimen pasaran meningkat disebabkan oleh kebimbangan mengenai bekalan susulan larangan eksport getah terbaharu yang dilaksanakan oleh negara-negara Afrika.
“Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh harga minyak mentah yang rendah walaupun terdapat ketidaktentuan geopolitik yang berlarutan,” katanya kepada Bernama.
Peniaga itu berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Isnin, apabila peniaga menutup posisi jualan, dan pemburu tawaran campur tangan selepas penurunan mendadak baru-baru ini.
Pada 3 petang hari ini, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat 14.5 sen kepada 887 sen sekilogram, manakala lateks pukal berkurang lima sen kepada 741 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Penerapan Nilai Kenegaraan Perlu Diperkukuh Demi Pembinaan Negara Bangsa - Anwar
- PGA Tahan 10 Warga Asing, Tumpaskan Kegiatan Seludup Migran
- Syarikat Perancis Carester Bina Loji Nadir Bumi Di Perak Hasil Usaha Sama Selama 10 Tahun
- Kenderaan BMW Diguna PM Aset Sedia Ada Kerajaan - JPM
- Teknologi Digital, AI Perlu Dimanfaatkan Untuk Pelestarian Seni Kaligrafi - Aaron