Anwar Gesa FELDA Segera Selesai Isu Perumahan Generasi Kedua, Pemilikan Tanah
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) melipatgandakan usaha menyelesaikan isu yang sekian lama membelenggu warga peneroka khususnya membabitkan perumahan generasi kedua dan pemilikan tanah.
Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, beliau berkata isu berkenaan tidak boleh terus dibiarkan berlarutan dan mahukan tindakan segera yang berpaksikan kepentingan warga FELDA.
"Setiap permasalahan perlu diteliti secara cermat dan disusuli pelan penyelesaian yang jelas," kata beliau.
Anwar berkata Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh FELDA serta memastikan setiap ikhtiar yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada para peneroka dan keluarga mereka.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Pelaksanaan MTS 2022 Oleh KKM Bantu Perkukuh Perkhidmatan Jabatan Kecemasan - MPS
- Indonesia, Singapura Perkukuh Komitmen Lindungi Selat Melaka
- EU Berminat Perluas Kerjasama Strategik Dengan Terengganu
- Diplomasi Budaya Menerusi Upacara Minum Teh Eratkan Hubungan Jepun-Malaysia
- KDEBWM Serah 33 Lori Kompaktor Baharu Kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor