06/07/2026 05:15 PM

Gempa Bumi Sederhana Landa Mindanao, Filipina

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 melanda wilayah Mindanao, Filipina, pada 4.11 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km), 171 km selatan dari Koronadal City.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

-- BERNAMA