06/07/2026 02:47 PM

China Hantar Kumpulan Pertama Barangan Bantuan Ke Venezuela

BEIJING, 6 Julai (Bernama-CMG) -- Pesawat yang membawa kumpulan pertama barangan bantuan kemanusiaan sumbangan kerajaan China kepada Venezuela berlepas dari Beijing menuju ke Caracas pada Ahad malam.

Barangan bantuan seberat 80 tan itu merangkumi 20 generator, lapan set lori penulenan air, 200 mesin disinfeksi, 200 set peralatan pencahayaan berkuasa solar, lebih 1,700 khemah dan lebih 6,700 selimut.

Difahamkan, baki barangan bantuan akan dihantar ke kawasan bencana Venezuela secara berperingkat.

Gempa bumi kuat yang melanda Venezuela telah mengorbankan banyak nyawa dan menyebabkan kerugian harta benda yang besar.

Kerajaan China segera menghulurkan bantuan kecemasan berbentuk tunai kepada Venezuela sebaik sahaja menerima maklumat mengenai bencana itu bagi membantu usaha menangani bencana dan membangunkan semula kawasan terjejas.

China kemudian memutuskan untuk menyalurkan barangan bantuan kemanusiaan tambahan bernilai 100 juta yuan (RM60 juta) kepada Venezuela.

-- BERNAMA-CMG