Carlos Queiroz Letak Jawatan Jurulatih Ghana
KANSAS CITY (Missouri), 6 Julai (Bernama-dpa) -- Jurulatih Ghana Carlos Queiroz meletakkan jawatan susulan penyingkiran pasukan itu daripada saingan Piala Dunia FIFA 2026 selepas tewas 0-1 kepada Colombia pada pusingan 32 terbaik minggu lepas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kejohanan di Amerika Utara itu merupakan penampilan kelimanya berturut-turut sebagai jurulatih di pentas Piala Dunia.
"Saya meninggalkan perjalanan ini dengan rasa bangga atas apa yang telah kami capai, namun pada masa sama masih berasa tidak puas hati kerana sentiasa mahukan lebih banyak kejayaan," kata Queiroz.
Dalam ucapan perpisahannya, jurulatih berpengalaman itu turut mengkritik Persatuan Bola Sepak Ghana.
"Masa depan Black Stars tidak akan dibina hanya di atas padang. Kejayaan Black Stars mesti bermula di luar padang dengan mewujudkan persekitaran terbaik untuk mempersiapkan, melindungi dan membangunkan bakat bola sepak luar biasa yang dimiliki Ghana," katanya.
-- BERNAMA-dpa
Berita terkini
- PRN Johor: Penerimaan Menggalakkan Beri Keyakinan Buat Danish Hossman Tawan Johor Lama
- Penyertaan Bumiputera Dalam Sektor Berdaya Maju Perlu Diperkukuh - DOSM
- Dewan Rakyat Lulus RUU Persaingan (Pindaan) 2026
- Suspek Kes Langgar Lari Di Jalan Tun Razak Direman Tujuh Hari
- Jejambat Persimpangan Selangau-Mukah Dibuka Berfasa Selepas Selamat - Nanta