SSMP Pertahan Kejuaraan Ragbi MCKK Premier 7s
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Juara bertahan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) berjaya mempertahankan kejuaraan ragbi MCKK Premier 7s selepas menewaskan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) 19-14 pada perlawanan akhir kategori Cup di padang Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak hari ini.
Kemenangan itu menyaksikan SSMP menjulang Piala NJ Ryan buat kali kedua berturut-turut selepas turut menewaskan SSTMI pada perlawanan akhir edisi lepas.
Pertembungan dua gergasi ragbi sekolah negara itu berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan mempamerkan aksi berkualiti tinggi, namun SSMP berjaya mempertahankan kelebihan dimiliki sehingga wisel penamat bagi memastikan kejuaraan kekal menjadi milik mereka.
Dalam saingan kategori Plate, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn (THOR) muncul juara selepas menewaskan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) 24-19.
Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba (HOSBA) merangkul kejuaraan kategori Bowl menerusi kemenangan 17-12 ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin (SEMSIRA).
Kategori Shield pula menjadi milik MRSM Balik Pulau (MRSMBP) selepas membelasah Royal Military College (RMC) 22-0.
-- BERNAMA
Berita terkini
- PM Hargai Sokongan Warga Emas Kayuh Beca Untuk Bertemu Dengannya
- SSMP Pertahan Kejuaraan Ragbi MCKK Premier 7s
- PRN Johor: Lili Optimis Penerimaan Pengundi, Kesal Bahan Kempen Disabotaj
- Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ziarah Makam Almarhum Tunku Abdul Jalil
- Wanita Cedera Tersepit Di Bawah Kereta Yang Bergerak Sendiri