Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ziarah Makam Almarhum Tunku Abdul Jalil
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menziarahi pusara anakanda Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru, hari ini.
Keberangkatan Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah bersempena ulang tahun keputeraan Almarhum Tunku Abdul Jalil pada 5 Julai 1990.
Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Turut berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda berdua Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.
Almarhum Tunku Abdul Jalil mangkat pada 5 Dis 2015 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, pada usia 25 tahun akibat kanser hati.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- PM Hargai Sokongan Warga Emas Kayuh Beca Untuk Bertemu Dengannya
- SSMP Pertahan Kejuaraan Ragbi MCKK Premier 7s
- PRN Johor: Lili Optimis Penerimaan Pengundi, Kesal Bahan Kempen Disabotaj
- Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ziarah Makam Almarhum Tunku Abdul Jalil
- Wanita Cedera Tersepit Di Bawah Kereta Yang Bergerak Sendiri