Agong Bangga Pencapaian Bersejarah JMR Muncul Juara Di Spa-Francorchamps
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian bersejarah Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim selepas Johor Motorsports Racing (JMR) muncul juara kategori Pro Am dalam perlumbaan ketahanan 24 Jam Spa-Francorchamps di Belgium, Ahad lepas.
Seri Paduka Baginda bertitah kejayaan itu dicapai menerusi gandingan kedua-dua paduka anakanda bersama rakan sepasukan Ben Greene dan Jordan Love dalam perlumbaan GT3 terbesar di dunia itu.
“Ia juga merupakan kali pertama pasukan dari Malaysia mencapai kejayaan demikian,” titah baginda menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.
Kemenangan itu turut melakar sejarah apabila menjadi kejayaan pertama buat pasukan dari Malaysia dalam kategori Pro Am selain hadir pada penampilan ketiga JMR di perlumbaan berprestij berkenaan.
-- BERNAMA
Berita terkini
- Jepun Ambil Alih Semula Kawasan Perumahan Daripada Tentera AS
- Korea Selatan Tangguh Pelan Lancar Roket Angkasa Bahan Api Pepejal Atas Faktor Keselamatan
- MOTAC Gesa Pengusaha Bas Persiaran, Pelancongan Segera Kemuka Data Kos Diesel
- Kerajaan Susun Semula Pengurusan Pekerja Asing - Ahmad Zahid
- Ciri Keselamatan Pasport Ditambah Baik Secara Berkala Bagi Pastikan Selamat, Sukar Dipalsukan