PRN Johor: Onn Hafiz Berdepan Saingan Satu Lawan Satu Pertahan DUN Machap
SIMPANG RENGGAM, 27 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi daripada Barisan Nasional (BN) akan berdepan saingan satu lawan satu bagi mempertahankan Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Penyandang DUN itu akan ditentang oleh Nor Hafiz Roslan daripada Pakatan Harapan (PH).
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Izzul Helmi Ahmad mengumumkan perkara itu di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam, di sini, selepas proses penamaan calon ditutup sepenuhnya pada 10 pagi ini.
Terdahulu, Nor Hafiz menyerahkan borang penamaan calon pada 9.03 pagi, diikuti Onn Hafiz pada 9.06 pagi.
Pada PRN lepas, Onn Hafiz menang di kerusi berkenaan dengan majoriti 6,543 undi menewaskan calon PN Azlisham Azahar, calon MUDA R. Sangaran serta calon PEJUANG Sharuddin Md Salleh.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 11 Julai dan selepas DUN dibubarkan pada 1 Jun lepas.
Bagi mendapatkan berita terkini tentang PRN Johor ke-16, sila layari https://prn.bernama.com/johor/.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- KPT, Yayasan Hasanah Perkukuh Kerjasama Bangunkan Bakat Negara
- Penerbit Bernama Radio Dinobat Pemenang Anugerah Liputan Media RKB
- Kerajaan Laksana 23 Inisiatif, Kurangkan Kebergantungan Import Ramuan Halal Kritikal
- Rasionalisasi Subsidi Pastikan Margin PMKS, Daya Saing Malaysia Terus Terpelihara -- MITI
- 16 Warden Bekas ATM Bertugas Di Lapan MRSM Mulai 1 Julai