27/06/2026 12:53 PM
PRN Johor: Muhyiddin Iringi Calon PN Di Bukit Kepong
PAGOH, 27 Jun (Bernama) -- Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pusat penamaan calon di Dewan Kompleks Sukan Pagoh di sini pada 8.45 pagi.
Beliau diiringi lebih 300 penyokong yang berada di luar dewan, tiba untuk mengiringi calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong Datuk Dr Sahruddin Jamal yang juga Pengerusi Bersatu dan Pengerusi PN Johor.
Sahruddin yang juga Menteri Besar Johor ke-17 itu kembali ke gelanggang untuk mempertahankan kerusi Bukit Kepong, yang sebelum ini dimenanginya bagi penggal 2018-2026.
Bagi mendapatkan berita terkini tentang PRN Johor ke-16, sila layari https://prn.bernama.com/johor/.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- KPT, Yayasan Hasanah Perkukuh Kerjasama Bangunkan Bakat Negara
- Penerbit Bernama Radio Dinobat Pemenang Anugerah Liputan Media RKB
- Kerajaan Laksana 23 Inisiatif, Kurangkan Kebergantungan Import Ramuan Halal Kritikal
- Rasionalisasi Subsidi Pastikan Margin PMKS, Daya Saing Malaysia Terus Terpelihara -- MITI
- 16 Warden Bekas ATM Bertugas Di Lapan MRSM Mulai 1 Julai