DOHA, Qatar dan NEW YORK, 29 Sept (Bernama) -- Qatar Financial Centre (QFC), sebuah pusat kewangan dan perniagaan onshore (dalam bidang kuasa tempatan) terkemuka dan U.S. Chamber of Commerce telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh jalinan perdagangan serta pelaburan antara Qatar dan Amerika Syarikat. Perjanjian ini turut bertujuan untuk menyokong syarikat-syarikat AS yang berhasrat menubuhkan atau mengembangkan operasi mereka di Qatar serta di pasaran serantau yang lebih luas.
Melalui kerjasama ini, kedua-dua organisasi akan menumpukan perhatian pada bidang yang mempunyai kepentingan strategik bersama termasuk pengurusan kekayaan dan aset, teknologi kewangan (fintech), aset digital serta teknologi perusahaan.