Politik 27/06/2026 10:17 AM

Loke Iringi Calon PH Bagi DUN Tangkak

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Loke Iringi Calon PH Bagi DUN Tangkak
Timbalan Pengerusi PH Anthony Loke (tiga, kiri) merangkap Setiausaha Agung DAP mengiringi Calon Pakatan Harapan Ee Chin Li (empat, kiri) pada hari penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Tangkak sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, hari ini.

TANGKAK, 27 Jun (Bernama) -- Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook hari ini mengiringi calon Pakatan Harapan (PH) Ee Chin Li ke pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini.

Loke yang juga Menteri Pengangkutan tiba pada 8 pagi dan meluangkan masa beramah mesra dengan kira-kira 100 penyokong PH yang berkumpul di Taman Rekreasi Awam Tangkak.

Kumpulan itu kemudian mula berarak ke pusat penamaan calon yang terletak kira-kira 50 meter dari taman rekreasi berkenaan pada 8.20 pagi sambil melaungkan slogan "Johor Ke Depan, Undi Harapan".

Tinjauan mendapati proses penamaan calon berjalan lancar dengan kawalan rapi anggota polis, manakala cuaca di sekitar Tangkak dilaporkan cerah.

Untuk berita-berita terkini tentang PRN Johor ke-16, sila layari https://prn.bernama.com/johor/.

-- BERNAMA