27/06/2026 08:54 AM
PRN Johor: Teo Hadir Beri Sokongan Calon PH DUN Bukit Permai
BATU PAHAT, 27 Jun (Bernama) -- Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching tiba di pusat penamaan calon di Dewan Raya Putra, Bandar Putra di sini pada 8.26 pagi.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi mengiringi calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai Mohamad Shafwan Ani.
Penyokong parti mula membanjiri pusat penamaan calon seawal 7 pagi bagi memberikan sokongan kepada calon masing-masing, sekali gus mewarnai suasana dengan sorakan, laungan slogan dan kibaran bendera parti.
Bagi mendapatkan berita terkini tentang PRN Johor ke-16, sila layari https://prn.bernama.com/johor/.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Hiap Joo Bakery Kekal Guna Ketuhar Kayu Api Selepas Lebih 100 Tahun
- Legasi Tanaman Kacang, Jagung Jadi Sumber Rezeki Dua Beradik Warga Emas
- Haruman Berinsipirasikan Makanan Jadi Trend Baharu Pencinta Minyak Wangi
- Gempa Bumi 6.1 Skala Richter Gegar Timur Laut Jepun, Tiada Amaran Tsunami
- AS Lancar Serangan Ke Atas Sasaran Iran Selepas Serangan Tangki Minyak Berhampiran Selat Hormuz - CENTCOM