Politik 27/06/2026 10:43 AM

PRN Johor: Amirudin, Saifuddin Iringi Maszlee Di Puteri Wangsa

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
PRN Johor: Amirudin, Saifuddin Iringi Maszlee Di Puteri Wangsa
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Amirudin Shari (empat, kiri) dan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tengah) mengiringi calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N41 Puteri Wangsa Dr Maszlee Malik (empat, kanan) sempena penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Bahru ke-16 di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Dato' Onn hari ini.

JOHOR BAHRU, 27 Jun (Bernama) -- Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)  Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tiba di pusat penamaan calon Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Dato' Onn di sini pada 8.14 pagi.

Amirudin dan Saifuddin Nasution yang merupakan Pengarah Pilihan Raya Bersama PKR mengiringi calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa Dr Maszlee Malik, bersama penyokong parti itu.

DUN berkenaan mempunyai jumlah pengundi keseluruhan 128,723 yang merangkumi 128,525 pengundi biasa dan 198 pengundi awal membabitkan anggota polis dan pasangan.

Bagi mendapatkan berita terkini tentang PRN Johor ke-16, sila layari https://prn.bernama.com/johor/.

--  BERNAMA