Manifesto PH Diumum Selepas Penamaan Calon PRN Johor - Amirudin
TANGKAK, 22 Jun (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan manifesto gabungan itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor selepas hari penamaan calon pada Sabtu ini, kata Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata manifesto yang bertemakan "Johor Ke Depan" akan menawarkan pelan pembangunan komprehensif yang dirangka berdasarkan rekod prestasi cemerlang pentadbiran PH di Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan untuk dilaksanakan di negeri ini sekiranya memperoleh mandat.
"Insya-Allah, pasukan manifesto sedang siapkan. Dalam masa beberapa hari selepas penamaan calon, kita akan umumkan manifesto Pakatan Harapan.
"Manifesto ini bukan satu contoh yang tidak boleh kita lakukan, tetapi telah kita lakukan dan kita lakukan tidak lain dan tidak bukan untuk kebahagiaan, kesejahteraan rakyat negeri Johor," katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PH bagi PRN Johor di Padang Bukit Gambir Extreme Park, di sini malam ini.
Yang turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu serta barisan pemimpin PH.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 27 Jun sebagai hari penamaan calon, manakala 7 Julai untuk hari pengundian awal dan 11 Julai ialah hari pengundian.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- PN Lulus Kemasukan Pejuang, PCM Sebagai Anggota Baharu
- Johor Sumbang RM14 Bilion, Terima Semula RM16 Bilion Daripada Persekutuan - PM Anwar
- Lelaki Ditahan, Miliki Lebih 1,000 Pil Yaba Di Tanah Merah
- PM Anwar Junjung Kasih Pemangku Sultan Johor Anggap Beliau Sahabat
- Anwar Umum 56 Calon PH Untuk PRN Johor