Ruang Interaksi Penting Dalam Memperkukuh Persefahaman Antara Negara - PM Anwar
Daripada Nurul Hanis Izmir
KAZAN, 18 Jun (Bernama) -- Dalam suasana dunia yang terus menghadapi pelbagai cabaran dan ketidaktentuan, ruang interaksi seperti Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia dan hubungan antara negara amat bermakna dalam memperkukuh persefahaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata sidang sedemikian juga penting dalam membina kepercayaan serta meneroka kerjasama yang mampu membawa manfaat bersama kepada negara ASEAN dan Rusia.
“Majlis ini bukan sahaja menampilkan persembahan kebudayaan Rusia yang kaya dengan sejarah dan warisan, malah menjadi medan penting untuk mempererat hubungan persahabatan serta bertukar pandangan dengan para pimpinan yang hadir,” kata beliau selepas menghadiri Majlis Makan Malam Gala bersempena dengan Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia oleh Presiden Vladimir Putin, di sini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan kini berada di Kazan, ibu kota dan bandar terbesar Tatarstan, Rusia untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia dari 17 hingga 18 Jun.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- ASEAN, Rusia Terima Pakai Deklarasi Kazan Bagi Perkukuh Perkongsian Strategik
- Solat Jumaat Di Outreach Oasis Bukit Bintang Mulai Esok
- PM Anwar Tiba Di Turkmenistan Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
- Usaha Reformasi Kerajaan Berjaya Lonjak Kedudukan Negara Dalam WCR 2026 - Ksn
- Jenazah Suami Nancy Shukri Diterbangkan Ke Kuching Esok, Dikebumi Di Samariang